UPSI- Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hari pertama pendaftaran yang sangat meriah dengan kehadiran ramai bakal-bakal pendidik dari pelbagai negeri dan pelbagai lapisan masyarakat. Saya tidak bersendirian di sini. turut sama menyahut cabaran menjadi penuntut UPSi anak kandung suluh budiman.. Sebaik sahaja melangkah masuk pintu hadapan kolej, saya disambut oleh fasilitator, "Selamat datang cikgu," saya terpinga-pinga… memandang kiri dan kanan. Cikgu mana? Hehe… rasanya masih terlalu awal untuk digelar begitu. Perangai pun masih ke anak-anakan.
Program orientasi yang berjalan selama 2 minggu. Kami tidaklah dibebankan dengan aktiviti yang berat cuma agak penat kerana terpaksa bersiap seawal pukul 5 pagi, dan berakhir hampir pukul 12 malam. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Kini minggu ketiga saya berada di upsi. Kolej Harun Aminurrashid yang tersergam indah. KHAR (disebut kay-har).. Saya ditempatkan di tingkat 4, Blok 2 Kolej KHAR. Aras yang sederhana .Pemandangan indah Banjaran Titiwangsa dan ladang kelapa sawit menghiasi sekitar kolej KHAR… cukup mendamaikan.
Setiap hari kuliah, saya merentasi sempadan negeri. Kolej kediaman di Selangor, kampus upsi di Tanjung Malim, Perak. Perjalanan dari kolej ke kampus dengan menaiki bas hanya mengambil masa 5 minit. Kelihatan papan tanda "Selamat Jalan Selangor Darul Ehsan", disusuli "Selamat Datang Perak Darul Ridzuan". Jauh sekali...
Keesokkan harinya bermulalah hari yang dinantikan, iaitu pergi kuliah pada waktu pagi…..hehehe..
No comments:
Post a Comment