Persediaan awal perlulah dipersiapkan segera kerana tanpa di sedari, kita sendiri terlepas pandangkan persediaan berikut kerana kita terlalu tumpukan kepada perkara yang remeh-temeh…
Berikut adalah persediaan yang terpenting sekali :
Kedua : motosikal - Kenderaan seperti motosikal amat penting sekali untuk memudahkan kita pergi ke kuliah. Ramai ibu bapa memandang remeh akan hal ini walhal suasana di universiti memerlukan masa yang pantas untuk bergerak. Tanpanya, pasti kita berasa tertekan.
Ketiga : broadband - Jalur lebar tanpa wayar ini adalah satu keperluan di universiti kerana kita perlu mendapatkan maklumat atau data-data dengan segera. Cyber café contohnya memudahkan kita nak buat tugasan tetapi di situasi sebenar sekiranya kita memiliki broadband ini pasti tekanan perasaan untuk belajar itu tiada. Tambahan pula, di zaman teknologi ini maklumat adalah dihujung jari.
Kelima : kamera atau handphone berkamera - kamera amat penting sekali untuk mengambil gambar tugasan dan sebagainya. Bagi ibu bapa memang kelihatan membazir tetapi bagi pelajar tanpa peralatan ini tugasan yang dilakukan pasti tergendala. Nak harapkan kawan-kawan untuk pinjam, pasti sukar. Silap-silap boleh jadi gaduh pulak...dah tambah satu masalah bagi anda pulak...
Keenam : bantuan kewangan tambahan - Di universiti, kos pengajian semakin lama semakin bertambah mengikut jurusan yang diambil. Oleh itu, bantuan dari ibu bapa amat diperlukan setiap bulan. Janganlah ibu bapa hanya tahu untuk memarahi anak kerana selalu nak minta duit sahaja. Disituasi sebenar, kos ini amat diperlukan sangat-sangat...
Oleh itu, kita perlu sediakan peralatan berikut sebelum nak masuk universiti. Tanpanya, jangan lah untuk sambung belajar kerana kita sendiri pun tidak bersedia. Maaflah, sekiranya kata-kata firadila ini terguris sedikit kepada sesetengah ibu bapa yang tidak berkemampuan tetapi apa yang pasti firadila ingin memberitahu akan situasi sebenar di universiti sekiranya persediaan ini tidak ada.
Sebagaimana yang diketahui, ramai pelajar universiti yang sanggup bunuh diri kerana mengalami tekanan perasaan ketika belajar tapi tahukah anda jari akan menunding kepada ibu bapa semula kerana tidak membuat persiapan ini. Cabaran pasti ada dihadapan tetapi setiap halangan itu pasti dapat ditempuhi sekiranya kita membuat persiapan dari awal lagi..errrmmm...yang penting janganlah lupa senyum selalu pulak...
No comments:
Post a Comment