Wednesday, 21 September 2011

Hari pertama di UPSI




Di sinilah tempatnya saya mendaftar sebagai pelajar diploma semalam. Hari pertama di UPSI. Satu hari yang sangat panjang dengan segala macam perkara yang mesti diuruskan dalam masa satu hari.
 Saya rasa sedikit penat tetapi teruja. Ketika sesi taklimat di Dewan SiTC saya sematkan dalam-dalam bahawa pelajar diploma mesti telah memulakan rancangan penyelidikan walaupun disertasi akan dilaksanakan semester 3 dan 4. Semasa intervensi waima di Dewan SITC, saya ditekankan belajar secara pasukan sangat penting.
Saya sampai jam 8.30 pagi di Dewan SITC bersama ratusan pelajar lain. Berkenal-kenalan dengan mereka sesuatu yang menarik kerana perbezaan latar belakang , mod program, jurusan, pelajar fresh atau bekerja menjadikan banyak perkara yang dapat dikongsi bersama. Saya masih ingat, malam sebelum hari pendaftaran, saya tidak dapat tidur lena, berdebar pun ada kerana keterujaan dan sedikit bimbang dengan pilihan subjek dan siapa penyelia disertasi.
 Selain itu, sesi pendaftaran berlangsung dengan prosedur melengkapkan fail peribadi, mendengar taklimat mod program , ICT dan Pusat Sumber Maklumat, membuat kad matrik ( saya suka dengan kad pintar dan gambar saya kali ini tidak selekeh seperti saya first degree) , pendaftaran kursus dan subjek sebelum ikrar pelajar.
Ketika di Auditorium ,entah kenapa air mata saya mengalir tatkala Negaraku dinyanyikan bersama-sama mengikut rentak perkasa sebaik selepas ikrar pelajar. Saya merasakan cukup bertuah sekali bergelar pelajar sarjana ketika orang lain mengalami laluan sukar.
 Selepas selesai majlis ringkas, sesi soal jawab berlangsung dan saya dapati pesyarah dan kakitangan  sangat mesra dan melayan semua pertanyaan sebaik mungkin.

No comments:

Post a Comment