Wednesday, 21 September 2011

UPSI.....



Hari pendaftaran aku sebagai mahasiswa UPSI adalah hari ni.... aku mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar... terpegun gila bila sampai... maklum le... baru pertama kali masuk UPSI dan dah agak lama meninggalkan alam 'U' ni.... bila masuk balik dah macam orang jakun je,.... tapi muka tetap selamber... hehehehhe....


Sempat bergambar... dah selesai daftar.... pusing satu UPSI untuk bergambar... kat sini aku tak boleh masukkan semua gambar... banyak gila... aku hanya masukkan beberapa keping je... 


Waw... ni le suasana pembelajaran kat 'U' sekarang... semua lepak sambil bukak laptop... buat tugasan ke atau main game aku pun tak tau... bila lalu sebelah mereka.... semuanya sembang pasal belajar... hebat... teruja aku tengok mereka... aku......? hehehehhehe tak tau lagi cam mana...






Jadi ni le sedikit sebanyak kisah aku masa hari pendaftaran.... tak banyak yang aku boleh cerita sebab aku pun dah tak tau macam mana nak tulis blog panjang-panjang.... dulu rajin je... sekarang... hehehhehehehe..... jadi... akhir kata dari aku.... semoga aku tekun berlajar dan berjaya menempuh hari-hari yang berlalu sebagai seorang MAHASISWA..... sekian....

Anak kandung suluh budiman


UPSI- Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hari pertama pendaftaran yang sangat meriah dengan kehadiran ramai bakal-bakal pendidik dari pelbagai negeri dan pelbagai lapisan masyarakat. Saya tidak bersendirian di sini.  turut sama menyahut cabaran menjadi penuntut UPSi anak kandung suluh budiman.. Sebaik sahaja melangkah masuk pintu hadapan kolej, saya disambut oleh fasilitator, "Selamat datang cikgu," saya terpinga-pinga… memandang kiri dan kanan. Cikgu mana? Hehe… rasanya masih terlalu awal untuk digelar begitu. Perangai pun masih ke anak-anakan.
Program orientasi yang berjalan selama 2 minggu. Kami tidaklah dibebankan dengan aktiviti yang berat cuma agak penat kerana terpaksa bersiap seawal pukul 5 pagi, dan berakhir hampir pukul 12 malam. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.
Kini minggu ketiga saya berada di upsi. Kolej Harun Aminurrashid yang tersergam indah. KHAR (disebut kay-har).. Saya ditempatkan di tingkat 4, Blok 2 Kolej KHAR. Aras yang sederhana .Pemandangan indah Banjaran Titiwangsa dan ladang kelapa sawit menghiasi sekitar kolej KHAR… cukup mendamaikan.
Setiap hari kuliah, saya merentasi sempadan negeri. Kolej kediaman di Selangor, kampus upsi di Tanjung Malim, Perak. Perjalanan dari kolej ke kampus dengan menaiki bas hanya mengambil masa 5 minit. Kelihatan papan tanda "Selamat Jalan Selangor Darul Ehsan", disusuli "Selamat Datang Perak Darul Ridzuan". Jauh sekali...
                Keesokkan harinya bermulalah hari yang dinantikan, iaitu pergi kuliah pada waktu pagi…..hehehe..

Hari pertama di UPSI




Di sinilah tempatnya saya mendaftar sebagai pelajar diploma semalam. Hari pertama di UPSI. Satu hari yang sangat panjang dengan segala macam perkara yang mesti diuruskan dalam masa satu hari.
 Saya rasa sedikit penat tetapi teruja. Ketika sesi taklimat di Dewan SiTC saya sematkan dalam-dalam bahawa pelajar diploma mesti telah memulakan rancangan penyelidikan walaupun disertasi akan dilaksanakan semester 3 dan 4. Semasa intervensi waima di Dewan SITC, saya ditekankan belajar secara pasukan sangat penting.
Saya sampai jam 8.30 pagi di Dewan SITC bersama ratusan pelajar lain. Berkenal-kenalan dengan mereka sesuatu yang menarik kerana perbezaan latar belakang , mod program, jurusan, pelajar fresh atau bekerja menjadikan banyak perkara yang dapat dikongsi bersama. Saya masih ingat, malam sebelum hari pendaftaran, saya tidak dapat tidur lena, berdebar pun ada kerana keterujaan dan sedikit bimbang dengan pilihan subjek dan siapa penyelia disertasi.
 Selain itu, sesi pendaftaran berlangsung dengan prosedur melengkapkan fail peribadi, mendengar taklimat mod program , ICT dan Pusat Sumber Maklumat, membuat kad matrik ( saya suka dengan kad pintar dan gambar saya kali ini tidak selekeh seperti saya first degree) , pendaftaran kursus dan subjek sebelum ikrar pelajar.
Ketika di Auditorium ,entah kenapa air mata saya mengalir tatkala Negaraku dinyanyikan bersama-sama mengikut rentak perkasa sebaik selepas ikrar pelajar. Saya merasakan cukup bertuah sekali bergelar pelajar sarjana ketika orang lain mengalami laluan sukar.
 Selepas selesai majlis ringkas, sesi soal jawab berlangsung dan saya dapati pesyarah dan kakitangan  sangat mesra dan melayan semua pertanyaan sebaik mungkin.

Nak Melangkah Ke Alam Universiti…







               Lepas memeningkan diri dengan soalan matrik atau UPU, kini sang adik lepasan SPM nak mengorak langkah pula untuk menjejakkan kaki ke alam universiti.  Persoalan tadi dah tak melekat lagi di minda lepas puas menimbangnya dengan alat penimbang digital dengan seberat-beratnya.hehe…
Sangat gembira sang adik dalam perjalanan ke IPT yang dituju walaupun bercampur baur dengan perasaan berdebar yang menjengah di hati dan di kepala yang bersarang dengan pelbagai persoalan sampai kadang-kadang bercakap seorang diri!
             Senang ke dapat kawan baru nanti?
             Agak-agak nanti kena buli tak dengan senior?
             Macam mana lah hidup kat sana nanti…takkan nak suruh parent datang tiap minggu pulak macam kat sekolah asrama dulu.  Bagi duitlah bawak KFC lah hantar baju kotor kat rumahlah.  Jauh kot.
Mana yang dapat tawaran oversea pulak jangan kata la.  Lagilah gembira walaupun kena pergi program persediaan dulu.  Macam tak sabar-sabar pulak nak ke negara atas laut tu.  Kalau boleh terus nak fly esok!
Begitulah tadi cerpenku yang tak siap.  Tapi rasanya macam tulah ‘feeling’ masa masuk universiti dulu.                                 Macam-macam benda masuk dalam kepala ni masa dalam perjalanan ke sana. Mesti pernah dengarkan pepatah ‘hidup di dunia ni macam roda, sekejap kat atas sekejap kat bawah’..lepas tu kena lenyek bila kat bawah.hehe…  Macam tu jugalah dengan result SPM.  A+ yang beratur tu tidak menjamin gemilangnya korang di universiti nanti.  Bukan nak menakutkan tapi hanya kenyataan yang bersandarkan pengalaman.
                Masuk universiti macam melangkah masuk ke darjah satu sekolah rendah waktu muda dulu.  Pelajar yang melangkah masuk semuanya ‘kosong’.  Result SPM yang canggih-canggih dah boleh masuk muzium kat rumah.  Semuanya setara tanpa ada bezanya.
               Kejayaan di alam yang satu lagi ni bergantung pada usaha sendiri sepanjang menuntut di unuversiti.  Ramai yang dismiss walaupun tempoh pengajian yang masih separuh berbaki. Sebab berhenti separuh jalan tu tak tahulah.  Masing-masing ada sebab sendiri.  Takkan nak interview sorang-sorang pulak kan?
Cuma beringatlah.  Kalau gagal sekali lepas tu kena repeat satu perkara biasa.  Sebab subjek dekat universiti bukan macam SPM.  Bila subjek susah memang susah betul cuma tak mustahil untuk melepasinya.  Bila gagal sebab subjek susah ia adalah satu perkara biasa.  Tak semua orang yang laju pick-up nya untuk memahami sesuatu yang sangat kompleks.
               Tapi kalau akibat kegagalan diri sendiri mennyesuaikan diri kat tempat baru tu sendiri mau ingatlah.  Masalah culture shock lah yang selalu berlaku. Dah ramai yang jadi macam tu.  Berhati-hati sebelum terkena pada diri sendiri.  Jauh daripada ibu bapa memang amat menguji diri  untuk menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.  Itulah yang dipanggil kehidupan…
Selamat belajar kepada mereka yang nak masuk Diploma di universiti pilihan masing-masing hujung minggu ni. Gunakan masa 3 tahun di sana dengan sebaik-baiknya untuk mengumpul pengalaman buat bekalan di sepanjang perjalanan di masa depan.
                Perkara remeh-temeh letaklah dulu ke tepi.  Banyak lagi yang lebih penting dalam perjalanan mengejar cita-cita yang belum pasti. Korang boleh buat punyalah!






Bersama keluarga semasa dalam perjalanan ke Universiti.....


         Sebelum perjalanan, saya dan keluarga saya sibuk menyiapkan barang-barang dan simpan di dalam kereta, kami pun mula bertolak dengan hati yang berdebar-debar..semasa perjalanan, pelbagai ragam dan telatah yang ada. Macam-macam ayah saya buat lawak sepanjang perjalanan....
         Saya sangat gembira apabila dapat berjalan-jalan bersama keluarga kerana kami sekeluarga jarang keluar bersama-sama. Setelah kami penat bergurau senda, perut pula berasa lapar... memandang semua dah lapar, kami berehat di restoran berdekatan untuk menikmati makanan yang lazat-lazat..,
                 Selepas selesai makan,..kami pun teruskan perjalanan kami ke Tanjung Malim.
Perjalanan kami telah mengambil masa selama setengah jam. Adik dan kakak saya dah tidur cuma saya sahaja yang bersemangat dan tidak sabar untuk sampai ke UPSI.
               Semasa dalam kereta,ibu saya banyak berpesan kepada saya supaya jangan buat perkara yang tidak patut dilakukan,...saya akan ingat pesanan itu sampai saya habis belajar dan berjanji untuk menjadi anak yang berguna pada keluarga saya....
                Saya berasa sedih juga kerana meninggalkan orang yang menjaga saya dari kecil hingga ke hari ini dan memberi tunjuk ajar, ayah saya selalu selalu mendorong serta memberi nasihat yang baik..tidak lupa juga kepada saudara-mara,jiran,guru-guru dan kawan-kawan saya yang menolong saya...Tapi, demi matlamat saya, saya perlu berusaha untuk belajar dengan tekun,..
              Apabila sudah sampai di KHAR, terdapat ramai orang yang berkeliaran, kenderaan pun apatah lagi...,ketika masuk di dalam kediaman KHAR, syaa berasa gemuruh dan gembira kerana kali pertama menjejak kaki di universiti...saya sangat-sangat berterima kasih kepada keluarga saya dan  bersyukur kepada Tuhan....
                     

Tuesday, 20 September 2011

Persiapan sebelum masuk ke Universiti......

Persediaan awal perlulah dipersiapkan segera kerana tanpa di sedari, kita sendiri terlepas pandangkan persediaan berikut kerana kita terlalu tumpukan kepada perkara yang remeh-temeh…

Berikut adalah persediaan yang terpenting sekali :

Pertama : Laptop dan printer - ramai ibu bapa terlepas pandang akan kepentingan laptop ini di universiti. Di zaman teknologi ini, laptop amat penting sekali sekiranya nak buat tugasan atau sebagainya. Tanpa laptop pasti sukar untuk kita nak belajar. Peralatan ini adalah keperluan yang amat penting sekali di universiti manakala printer adalah untuk memudahkan print tugasan yang diberi. Oleh itu, kenapa duit PTPTN pelajar di universiti cepat habis pada tahun pertama kerana membeli peralatan ini.

Kedua : motosikal - Kenderaan seperti motosikal amat penting sekali untuk memudahkan kita pergi ke kuliah. Ramai ibu bapa memandang remeh akan hal ini walhal suasana di universiti memerlukan masa yang pantas untuk bergerak. Tanpanya, pasti kita berasa tertekan.

Ketiga : broadband - Jalur lebar tanpa wayar ini adalah satu keperluan di universiti kerana kita perlu mendapatkan maklumat atau data-data dengan segera. Cyber cafĂ© contohnya memudahkan kita nak buat tugasan tetapi di situasi sebenar sekiranya kita memiliki broadband ini pasti tekanan perasaan untuk belajar itu tiada. Tambahan pula, di zaman teknologi ini maklumat adalah dihujung jari.

Kelima : kamera atau handphone berkamera - kamera amat penting sekali untuk mengambil gambar tugasan dan sebagainya. Bagi ibu bapa memang kelihatan membazir tetapi bagi pelajar tanpa peralatan ini tugasan yang dilakukan pasti tergendala. Nak harapkan kawan-kawan untuk pinjam, pasti sukar. Silap-silap boleh jadi gaduh pulak...dah tambah satu masalah bagi anda pulak...

Keenam : bantuan kewangan tambahan - Di universiti, kos pengajian semakin lama semakin bertambah mengikut jurusan yang diambil. Oleh itu, bantuan dari ibu bapa amat diperlukan setiap bulan. Janganlah ibu bapa hanya tahu untuk memarahi anak kerana selalu nak minta duit sahaja. Disituasi sebenar, kos ini amat diperlukan sangat-sangat...

Oleh itu, kita perlu sediakan peralatan berikut sebelum nak masuk universiti. Tanpanya, jangan lah untuk sambung belajar kerana kita sendiri pun tidak bersedia. Maaflah, sekiranya kata-kata firadila ini terguris sedikit kepada sesetengah ibu bapa yang tidak berkemampuan tetapi apa yang pasti firadila ingin memberitahu akan situasi sebenar di universiti sekiranya persediaan ini tidak ada.

Sebagaimana yang diketahui, ramai pelajar universiti yang sanggup bunuh diri kerana mengalami tekanan perasaan ketika belajar tapi tahukah anda jari akan menunding kepada ibu bapa semula kerana tidak membuat persiapan ini. Cabaran pasti ada dihadapan tetapi setiap halangan itu pasti dapat ditempuhi sekiranya kita membuat persiapan dari awal lagi..errrmmm...yang penting janganlah lupa senyum selalu pulak...


Thursday, 1 September 2011

Pada Mulanya Nak Masuk Kolej Kediaman Harun Aminurrashid





             Pada hari pertama saya ingin masuk ke kawasan Kolej Kediaman Aminurrashid, terdapat ramai orang yang berkumpul dan rasa teruja kerana tidak sabar ingin mendaftar untuk menjadi pelajar UPSI.Saya juga berasa gembira kerana kali pertama tinggal di KHAR.Sebelum ini saya tidak pernah duduk di mana-mana asrama jadi,kali ini saya akan merasa bagaimanakah perasaannya tinggal di KHAR seperti pelajar-pelajar UPSI yang lain.
              Pada mulanya saya berasa gemuruh dan tidak tahu dimanakah tempat untuk mendaftar,nasib baiklah ada abang senior yang menolong saya dan tunjuk arah ke tempat pendaftaran.Setelah saya sampai ke tempat pendaftaran,saya melihat ramai orang yang beratur dan menunggu giliran untuk mendaftar.Saya pun pergi beratur dan menunggu giliran seperti yang lain.Terdapat juga ibu bapa yang beratur kerana ingin menemani anak mereka tetapi mereka terpaksa biarkan anak mereka sendirian kerana hanya pelajar sahaja yang perlu mendaftar bukan ibu bapa.
               Semasa pendaftaran,pelajar dikehendaki membawa borang-borang yang harus disediakan untuk mengenal pasti identiti pelajar. Pada hari itu,saya membawa pelbagai borang, begitu juga dengan pelajar yang lain....
               Setelah mendaftar, pelajar dikehendaki mengambil kunci rumah masing-masing dan mencari tingkat berapa yang tertulis pada kunci. Selepas menjumpai rumah serta bilik saya, saya dapati keadaan di dalam agak menarik dan agak luas juga. Pada masa tu, ada juga rakan-rakan serumah saya yang datang awal dari saya,dari situlah saya mula berkenalan dengan mereka dan mereka mengambil bidang yang berlainan.
               Semasa saya mengemas bilik saya, saya juga bertemu dengan rakan sebilik saya iaitu syukran. Di situlah kami mula berborak dan kami juga mengambil bidang yag sama,pada masa itu juga kami sibuk untuk mengemas bilik kami masing-masing.
               Saya berasa amat gembira apabila bertemu dengan rakan-rakan baru dan mereka semuanya baik-baik belaka...